Pas dan UMNO belum nikah, hanya main mata

Pas belum berbincang dengan UMNO mengenai pakatan untuk membentuk kerajaan campuran di beberapa buah negeri termasuk Perak dan Kedah. Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara itu juga tidak disentuh dalam perjumpaan jawatankuasa induk Pas UMNO pada 5 Mac lepas.