Pas digesa henti salahkan Amanah isu kartel dedak

Parti Amanah Negara bersedia untuk bersemuka dengan pas bagi mencari jalan penyelesaian selepas parti itu dituduh menyebarkan poster kartel dedak. Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berpendapat kedua parti itu perlu bersemuka untuk berbincang mengenai tuduhan itu.