Pas harap kerajaan beri ruang perkasa undang-undang Islam

Pas akan menggunakan segala saluran yang ada dalam usahanya membentangkan Rang Undang-Undang RUU Akta 355 di Parlimen. Pada masa sama parti itu berharap Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan memberi ruang yang lebih luas kepada agenda memperkasakan undang-undang Islam.