Pas sahkan rakaman audio suara Nik Abduh

Pas mengesahkan rakaman audio isu pas menerima dana UMNO mengandungi suara Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Nik Abduh sendiri mengakui audio itu suaranya tetapi apa yang dimaksudkan tidak menggambarkan perkara sebenar.