Pas sedia bantu PH dalam PRU15

Tatkala pemimpin UMNO menyatakan ikrar mereka untuk setia dengan janji kerjasama dengan Pas. Lain pula nadanya daripada Pemimpin Utama Pas sendiri. Parti Pas sebaliknya tidak menyembunyikan niat mereka untuk membantu kerajaan Pakatan Harapan, sekiranya berlaku apa-apa perkembangan politik, khususnya ketika peralihan kuasa Perdana Menteri, Antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad.