Tutup

Pas-UMNO satu logo: 'Tidak mengapalah, mereka bebas lakukannya' - Anwar

Di pentas pelancaran Digital Nation Agenda, DNA23 di Bukit Jalil, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut ditanya mengenai kerjasama UMNO-Pas. Beliau tegaskan terpulang kepada Pas dan UMNO untuk menggunakan satu logo pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Bagaimanapun, Pakatan Harapan tetap mengambil maklum perkara itu dan menumpukan kepada usaha mendekati rakyat.