Tutup

Pasangan kekasih ditahan, aktif samun kedai 24 jam

Sepasang kekasih ditahan polis dalam satu serbuan di Taman Inanam kerana disyaki terlibat dalam kes samun kedai 24 jam sekitar bandaraya ini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pada 23 Oktober yang lalu pasangan kekasih itu telah melakukan samun bersenjata kedai 24 jam, di Jalan Kebajikan Luyang, dan merampas RM90 daripada seorang pekerja kedai berkenaan.