Tutup

Pasangan kembar, ibu sarat mengandung genggam PhD

Saling melengkapi antara satu sama lain, menjadi resepi kejayaan pasangan kembar, Oon Yoong Lin dan Oon Yoong Sin, 30 tahun yang menamatkan pengajian dalam jurusan sama di Universiti Malaysia Perlis UniMAP . Mereka yang tidak pernah berjauhan, malah berkongsi hampir segala perkara, memperolehi Doktor Falsafah Kejuruteraan Alam Sekitar pada Majlis Konvokesyen UniMAP ke 14, pada sabtu.