Pasangan pensyarah salah guna kuasa

Sepasang suami isteri yang juga pensyarah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas tuduhan salah guna kuasa mendapatkan bekalan makmal bagi tujuan penyelidikan daripada syarikat milik ibu mereka berjumlah lebih RM50 ribu tiga tahun lalu.