Pasar Paka makin suram

Peniaga di Pasar Paka di Dungun Terengganu merayu pihak berwajib agar menaiktaraf premis perniagaan di kawasan terbabit yang didakwa semakin uzur dan suram. Keadaan tersebut dikatakan bertambah buruk apabila sistem saliran yang tidak sempurna mengakibatkan bau busuk dan menjadi kediaman haiwan perosak.