Tutup

Payudara anda sihat? Ini caranya untuk periksa kesihatan payudara anda

Seorang daripada 30 wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser payudara sekali seumur hidup. Kanser payudara dapat diurus dengan baik sekiranya ia dikesan pada peringkat awal. Pemeriksaan sendiri perlu dilakukan sebulan sekali dengan konsep lihat, rasa dan respon. Sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara ini, AWANI Pagi membawakan kepada anda cara melakukan pemeriksaan sendiri.