Video  | Dunia

PBB digesa lakukan siasatan menyeluruh di bandar Douma, Syria

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyeru Majlis Keselamatan untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap serangan senjata kimia yang didakwa berlaku di Syria pada 7 April lepas. Menurut Utusan Khas PBB untuk krisis Syria, Staffan de Mistura, orang awam di sana terpaksa menanggung azab atas tindakan ketenteraan ini.