PBT perlu tingkatkan pemantauan kawasan risiko pencemaran

Pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi penguatkuasaan diminta meningkatkan pemantauan khususnya di lokasi risiko pencemaran termasuk kawasan penempatan Orang Asli di Terengganu. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia bagi mengelakkan insiden seperti yang berlaku di Johor dan Kelantan.