Tutup

PDRM akan bekerjasama dengan NYPD

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berminat untuk bekerjasama dengan jabatan Polis Bandar Raya New York (NYPD) membabitkan pertukaran maklumat dan latihan. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan perkara itu kepada NYPD ketika berkunjung ke jabatan polis berkenaan pada Khamis.