Tutup

PDRM akan tarik lesen senjata api, bagi kegiatan pemburuan haram

Lesen senjata api yang digunakan untuk tujuan pemburuan haram akan dibatalkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata proses penarikan lesen senjata api itu akan dibuat secara berperingkat bagi mengelakkan pemburuan haram berterusan. Pada masa ini terdapat lebih 6,900 pemegang lesen senjata api.