PDRM ambil tindakan terhadap 'bikers' warga Singapura tutup plat

Polis diRaja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan termasuk mengeluarkan saman terhadap penunggang motosikal berkuasa besar warga Singapura yang memasuki negara ini dengan menutup nombor plat. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, video yang tular di laman media sosial mengenai perkara itu berlaku di Johor Bahru baru-baru ini.