PDRM beri bayangan bawa pulang Jho Low

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, memberi gambaran pihak Polis diRaja Malaysia (PDRM) bersedia untuk membawa balik Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, bagi membantu siasatan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bagaimanapun, Abdul Hamid belum dapat memberi sebarang kepastian dan maklumat lanjut tentang bila perkara itu boleh dilaksanakan.