Tutup

PDRM kaji semula pengukuran indeks jenayah

Polis Diraja Malaysia sedang mengkaji beberapa elemen berkaitan pengukuran indeks jenayah berikutan persepsi masyarakat yang masih berasa tidak aman dan selamat meskipun indeks jenayah turun setiap tahun. Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman kaedah yang diguna pakai memerlukan penambahbaikan agar keyakinan masyarakat selari dengan apa yang digambarkan.