Tutup

PDRM, Perhilitan pergiat operasi, air mani gajah antara dirampas

Sejumlah 47 individu ditahan polis dan Jabatan Perhilitan sejak September lalu hasil Op Bersepadu Khazanah yang bertujuan melindungi hidupan liar dan pemuliharaan hutan. Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (GERAKAN), Datuk Zainal Abidin Kasim bekata mereka yang ditahan bukan sahaja rakyat malaysia, malah warga asing terdiri daripada China, Kemboja, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Thailand.