PDRM perlu selangkah di hadapan penjenayah

Bagi mendepani cabaran pada masa kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran perlu meningkatkan kepakaran dalam bidang teknologi dan berada selangkah di hadapan penjenayah. Menurut Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar, usaha itu penting bagi memastikan kegaitan jenayah komersial dan pengedaran dadah di pasaran gelap atas talian dapat dibendung. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Buletin AWANI Khas Menjelang Setahun Malaysia Baharu, pada Ahad.