PDRM rampas dadah bernilai RM3.2 juta

Polis Johor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.2 juta menerusi tiga serbuan di lokasi berbeza di negeri itu. Serbuan itu turut membawa penahanan tiga lelaki tempatan berusia 27 hingga 31 tahun termasuk dalang utama dalam serbuan berasingan di dua lokasi di kawasan Taman Mount Austin dan Taman Tebrau pada 31 Mei lalu.