Pecah amanah RM50 juta: Hasanah mengaku tidak bersalah

Bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasanah Abdul Hamid mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM50 juta. Hakim Azman Ahmad membenarkan ikat jamin RM500 ribu dengan dua penjamin dan mengarahkan beliau menyerahkan pasportnya.