Pecah kedai dobi: Pramugara dan teman wanita direman

Seorang pramugara bersama teman wanitanya direman empat hari kerana disyaki memecah masuk sebuah kedai dobi layan diri di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Roszita Md Saad bermula hari ini.