Tutup

Pecat Waytha: GERAS beri masa 40 hari

Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS) akan menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi mendesak supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dipecat. Presiden GERAS, Abu Bakar Mohamed menegaskan sekiranya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal memecat Waytha dalam tempoh 40 hari mulai hari ini, satu perhimpunan besar-besaran akan diadakan.