Pegawai Kanan MARA dituduh rasuah

Seorang Ketua Penolong Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan bersetuju menerima dan memperoleh rasuah wang tunai RM3,000 daripada seorang peniaga berhubung penyambungan kontrak lot tapak niaga di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, empat tahun lalu. Bagaimanapun, Azmi Umar, 42 tahun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara.