Pegawai kerajaan Gred C ke atas perlu isytihar harta

Ahli politik serta Pegawai Kanan Kerajaan Gred Jusa C ke atas perlu mengisytiharkan harta masing-masing. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamsun Bahrain Mohd Jamil berkata ketika ini pengisytiharan harta dilakukan oleh Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran.