Tutup

Pegawai SSM saksi pertama prosiding perbicaraan Zahid

Hari pertama prosiding perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah bernilai RM117.25 juta. Eksekutif Seksyen Pengurusan Tadbir Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Pinny Asnan menjadi saksi pertama tampil memberi keterangan balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.