Tutup

Peguam failkan permohonan "Habeas Corpus" terhadap lima tahanan LTTE

Peguam mewakili lima tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (SOSMA) memfailkan permohonan Habeas Corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Peguam Ramkarpal Singh berkata, permohonan itu bagi menuntut anak guamnya dibebaskan daripada tahanan SOSMA selepas yakin kesemua mereka tidak terlibat dengan kumpulan pengganas Tamil Eelam atau LTTE.