Peguam masih gagal bertemu Haziq

Astro AWANI turut difahamkan, pasukan peguam Haziq, masih belum dapat bertemu dengan Haziq. Menurut Sivahnanthan Ragava, pihaknya juga tidak mengetahui lokasi sebenar Haziq ketika ini. Justeru, mereka menggesa supaya ahli keluarga Haziq membuat laporan polis berhubung penangkapan tersebut. Malah, pihak peguam menjangkakan Haziq akan direman Sabtu.