Tutup

Peguam Muhammad Shafee selesai bayar baki jaminan RM500,000

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini melunaskan baki bayaran jaminan RM500,000. Bayaran itu dibuat oleh anaknya, Muhammad Farhan, iaitu seorang daripada peguam mewakili Muhammad Shafee, yang tiba tepat jam 11.50 pagi bersama dua orang penjamin bapanya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.