Tutup

Peguam Najib gesa Jho Low segera dibawa ke mahkamah

Pihak pembelaan berhubung kes penyelewengan dana 1MDB pada Selasa menggesa supaya Jho Low yang menjadi buruan polis, segera dihadapkan di mahkamah. Peguam Tan Sri Shafee Abdullah yang juga mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perkara itu penting agar perbicaraan dilakukan dengan lebih adil.