Pekerja asing maut ditolak rakan asrama dari tingkat tiga

Jatuh dari tingkat tiga, pekerja nepal dipercayai ditolak Seorang pekerja asing maut apabila dipercayai ditolak dari tingkat tiga oleh rakan asramanya di Kampung Acheh, dekat sini, Jumaat lalu. dalam video yang tular di media sosial, pekerja warganegara Nepal berkenaan dilihat diangkat menaiki pagar penghadang hostel dan ditolak ke tingkat bawah oleh seorang lelaki lain. Ketua Polis Daerah Manjung, Acp Mohamad Hanif Othman berkata kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat mabuk.