Tutup

Pekerja kilang ditahan bantu siasatan penemuan bom, ratusan peluru

Polis menahan seorang pekerja kilang bagi membantu siasatan berhubung penemuan ratusan butir peluru, pistol dan bom tangan di sebuah rumah dua tingkat di Taman Bukit Indah, Bukit Mertajam. Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang di hadapan sebuah pusat aksesori dan penghawa dingin kereta di Parit Buntar, Perak pada petang Isnin.