Pekerja kilang maut rempuh belakang kereta rosak

Seorang pekerja kilang maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta rosak di lorong kecemasan di Lebuhraya Utara Selatan kilometer 124.8 arah Utara. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Amirul Zamir Md Isa, 24 tahun yang dalam perjalanan ke Sungai Petani, Kedah dari Pulau Pinang meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.