Pekerja kuari selamat di sebalik runtuhan tanah

Inilah yang terjadi apabila tanah bukit yang cuba dikorek, tiba-tiba runtuh sendiri!. Seorang pekerja tapak kuari tanah cedera selepas tanah bukit yang digali tiba-tiba runtuh. Kejadian berlaku pada jam 2.18 petang di Pendang, Kedah ketika mangsa, Mohd Nazmi Ismail, berada di bahagian tempat duduk pemandu lori.