Pelajar 17 tahun didakwa rogol dalam tandas sekolah

Seorang pelajar lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret Temerloh atas pertuduhan merogol rakannya di tandas sekolah mereka, April lalu. Tertuduh yang berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Ti Pei Si.