Pelajar asing sumbang pendapatan negara

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mensasarkan kemasukan 200 ribu pelajar antarabangsa ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menjelang tahun 2020. Kemasukan pelajar asing ke negara ini dilihat mampu menyumbang kepada pendapatan negara sehingga RM15.6 billion.