Pelajar Henry Gurney berpeluang ikuti Program IKBN, IKTBN

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menggerakkan program perintis bagi menempatkan pelajar Sekolah Henry Gurney di institusi-institusi kemahiran sebagai usaha memperkasakan mereka dengan ilmu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan, projek itu antara inisiatif dilaksana kementeriannya bagi membantu belia berisiko.