Pelajar kolej didakwa beri sokongan kepada Al-Qaeda

Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda. Tertuduh, Mohamad Hidayat Azman, 19 tahun dari Kuala Bagan Tiang, Perak, menjadi individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan Al-Qaeda di negara ini.