Pelajar lemas ketika cuba selamatkan rakan

Seorang pelajar ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan tiga rakannya yang dihanyutkan arus deras apabila bot dinaiki karam di Sungai Kanowit, Sarawak pada Isnin. Mayat Carlos Paee, 15 tahun, dijumpai terapung oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.10 pagi Selasa.