Pelajar maut dalam perjalanan ke sekolah

Seorang pelajar tingkatan tiga dalam perjalanan ke sekolah maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Pinang Tunggal, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa Muhammad Shauqi Muhammad Amin, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.