Pelajar maut terkena bilah pisau potong rumput

Seorang pelajar perempuan maut manakala dua lagi pelajar lelaki cedera akibat terkena bilah pisau traktor pemotong rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak mengesahkan mangsa, Nur Afini Roslan, 14 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku jam 10.30 pagi itu.