Pelajar Nigeria diserang sawan sebelum meninggal dunia

Pelajar warga Nigeria, Thomas Orhions Ewansiha, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Depot Imigresen Bukit Jalil (DIBJ) pada Selasa lepas diserang sawan ketika sedang tidur. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud dalam satu kenyataan berkata, pihak Imigresen bagaimanapun masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa.