Tutup

Pelajar sekolah ditahan bersama 7800 biji pil kuda

Pelajar sekolah berusia 15 tahun antara empat ditahan bersama sejumlah 7800 biji pil kuda dalam satu serbuan awal pagi semalam di sebuah rumah di Taman Perumahan SBJ, Pasir Pekan, Kelantan. Pelajar berkenaan ditahan bersama tiga lagi remaja lain berusia antara 20 hingga 24 tahun.