Pelajar Tunas Bakti didakwa cabul

Seorang pelajar perempuan Sekolah Tunas Bakti di Melaka berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa atas pertuduhan mencabul serta mencederakan penghuni lain pada minggu lalu. Tertuduh yang berusia 17 tahun itu mengaku bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.