Pelajar UUM maut kemalangan pulang ke kampus

Seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) maut dalam kemalangan jalanraya pada petang Isnin di Changlun, Kedah. Dalam kejadian jam 2.58 petang kereta jenis Produa Kenari yang dipandu mangsa dikatakan terbabas lalu berlanggar dengan sebuah lori tanah 1 tan yang datang dari arah bertentangan di Jalan Bukit Kachi.