Tutup

Pelaksanaan agenda SDG 2030 perlu kerjasama semua pihak

Malaysia perlu memberi perhatian dalam menangani cabaran perubahan iklim yang merupakan antara cabaran terbesar untuk merealisasikan matlamat pembangunan lestari. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangunan negara ini perlu diselaras secara seimbang dengan kelestarian alam sekitar, dengan memikirkan kepentingan perubahan iklim, degradasi alam sekitar dan penggunaan sumber alam dengan lebih bijak.