Tutup

Pelaksanaan M-Bike punca kesesakan motorsikal

Kesesakkan laluan masuk motorsikal ke Singapura didakwa berpunca daripada perlaksanaan Sistem Kawalan Imigresen Automatik (M-Bike) yang mula beroperasi sejak seminggu lalu. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pelaksanaan sistem itu bagaimanapun meningkatkan kawalan keselamatan di kedua-dua pintu masuk ke Singapura di Kompleks Kastam Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di laluan kedua Gelang Patah.