Pelaksanaan waktu fleksibel

Kerajaan menetapkan semua penjawat awam di bawah kementerian dan jabatan persekutuan di seluruh negara bekerja mengikut masa fleksibel bermula 1 Mac ini. Menurut Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Borhan Dolah, langkah itu bertujuan menyeimbangkan masa bekerja dan masa bersama keluarga. Untuk mendapatkan perincian lanjut mengenai pelaksanaan itu, di talian ketika ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yb Hannah Yeoh.