Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023

Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 (NACP) memberi penekanan kepada enam bidang keutamaan yang cenderung kepada rasuah. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bidang-bidang tersebut adalah perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, tadbir urus politik, tadbir urus korporat, pentadbiran sektor awam serta bidang perundangan dan kehakiman.